Saturday 3 August 2013

Koyak dada tanya Hati?



Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



awak.

Ya.Awak yang tengah baca ni


saya tahu jauh dari sudut hati awak,

Ada rahsia yang tersimpan,

ada tangisan yang tersembunyi

ada harapan yang terlukis terang.

namun di situ,


awak memilih untuk senyum

awak bertahan dalan diam,

awak yakin dengan doa,

tapi saya percaya sebaliknya,

awak kongsikan segalanya pada dia yang lebih mengerti,

awak menangis kepadanya yang lebih memahami,

awak serahkan hati awak sepenuhnya. Hanya untuk Dia.


sebab itu awak nampak tenang dan tabah menempuhi semuanya.


kerana hatimu teguh bersama pencipta.


Ya Allah, andai diri ini banyak melakukan khilaf, ku mohon seribu ampun kepadamu Ya allah. Sesungguhnya, hambamu ini sangat lemah Ya Allah. Hambamu ini sangat memerlukanmu Ya Allah.Kau jadikanlah aku hamba yang tabah dan kuat Ya Allah dan janganlah kau pesongkan aku dari jalanmu Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.