Saturday 15 June 2013

Lough Out Loud


Bismillah.

Well this is a picture of group 3 at Darul Quran.

_________________________________________

Setelah pulang ke sekolah....

"Hah, akak-akak yang bau balik dari Darul Quran ni, apa awak dapat?"

Anis yang sdang gembira mengenang segalanya di sana berkata, 
Kita! Kita! kita nak cakap.

"Hah Anis! Ceritalah"

akak tahu tak, dekat Darul Quran ada satu tasik tau. Lawa sangat tasik tu.



Hah! ni gambarnya. Kat belakang tu tasik. Nama dia tasik Huffaz. 

Kak Annisa' mencelah, "Mesti best kan dapat pergi sana."

Hah! Hah! Ada lagi. dekat sana kan, kan, kan, Kita orang semua  ada masuk satu bilik tau.
Bilik tu untuk orang OKUMP.

OKUMP= Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan.

Nak tau tak, mereka baca Quran lancar je. Tapi kita orang tak paham Quran dia, sebab tulisan tu tulisan Braille.
Tapi, merdu sangat suara mereka. Sumpah cakap.

______________________________________

Ada satu cerita. Saje nak kongsikan.

Di Darul Quran, ada seorang pelajar lelaki yang sangat pandai. Pandai sangat-sangat. Malangnya, dia menghadapi masalah pada otaknya. Pada suatu hari, dia pergi ke surau sambil memakai telekung dan duduk di bahgian bawah, iaitu bahagian tempat kaum adam solat. 

Sedang dia duduk, tiba-tiba ada seorang kakak lalu untuk naik ke bahagian atas iaitu tempat solat kaum Hawa. Kakak itu tenampak pelajar yang memakai telekung tesebut. Beliau ingin menegurnya tetapi dia berada di bahagian solat lelaki.

Bersambung....

Konklusyen: Hargailah nikmat yang Allah berikan. Hehew.

____________________________________


Sentap




sekarang, akak serahkan majlis kepada ukhti Syazila.

"Assalamualaikum semua. M.Y kali ni, akak nak cakap pasal......
Perempuan."

*Tepuk tangan.

"Nak tau tak? Perempuan ni...
kita ni..
Perhiasan bagi kaum lelaki tau"

"Jadi, kita kenalah pandai jaga diri kita sebab...

Perempuan adalah fitrah. Tetapi, jangan jadikan ia satu fitnah"

"So, benda first yang akak nak cakap ialah aurat"

"Aurat wanita dari mana sampai mana?"

semua diam.

"Aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan"

Allah kata takkan cium bau syurga dan tiada syurga bagi wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

" nak mula dari mana. Atas ke bawah?"

Atas!

"Okey. Kalau dari atas, kita tengok dari mana?"

Kepala.

"Baik. Kita mula dengan rambut."

"Mula sekali, kita mesti pakai tudung. Macam mana cara nak pakai tudung yang betul.

Ukhti menyebut satu persatu cara memakai tudung dengan betul sambil melakukan praktikal.

1. Tudung paras hadapan mestilah menutupi dada.

2. Bahagian belakang tudung hendaklah dilabuhkan.

3. Paras tepi tudung mestilah labuh sedikit.

4. Tak boleh ada bonggol ata kepala.

"Hah! akak nak buat satu deal ngan korang boleh tak?"

Boleh. Tapi apa deal nya?

Kalau jumpa kawan-kawan sekolah kat luar yang pakai tudung ada bonggol kat atas kepala, datang kat dia lalu berbisik kepadanya "pergi tandas betulkan rambut awak." setuju tak?

Ramai yang kata setuju...

Tapi aku diam je...

Sebab aku tak pasti lagi dah bersedia nak buat atau tak.

selepas itu, ukhti tersebut menyambung cara menutup aurat sehingga bahagian yang terakhir iaitu kaki.

___________________________________

Mikrofon diserahkan kepada seorang lagi naqibah.

mulut berbicara dengan hati yang terbuka.

Andai hari ini..
Rasulullah berada bersama kita..
Rasulullah berada di dalam dewan ini..
Pasti baginda sedih melihat keadaan umatnya..
Keadaan umatnya yang terpesong dari jalan Allah..

"Ana nak tanya, setuju ke tak benda ni beterusan?"

keadaan yang bising tiba-tiba senyap.

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"


Assalamualaikum.







Friday 14 June 2013

Awkward.

Kawan?
Apa tu?

Macam ni ke?
__________________________________________

"Awak, awak cakap kat kita. Kita ada buat salah apa kat awak?"

Awak tak ada buat salah pape pon.

"Awak marah kita ke?"

Tak la.

"Alaaaaaa~"

Ape?.

"*Diam je*"

_______________________________________

 Please remember.
"True friend will gives you A little freedom"

______________________________________

Kebahagiaan umpama rama-rama. Apabila kamu mengejarnya, ia akan lari jauh dari dirimu. Tetapi, apabila kamu melekakan diri dengan melakukan perkara lain, ia akan datang mendekatimu dan hinggap di bahumu.

Macam tu jugak persahabatan. Kita tak perlu hari-hari nak cakap kat dia yang kita sayang dia.

Tak perlu nak cakap "kita sayang awak" hari-hari.

Kalau setiap hari kita tak habis-habis nak buat dia kecewa dengan sikap kita...

sikap kita yang terlalu memaksa dia...

untuk jadi kawan baik kita.

________________________________________

Apa erti kawan?

adakah untuk kamu mengadu segala-galanya kepada dia?

atau untuk disimpan?

atau untuk dikecewakan?

"Selalu orang kata, Hargailah kawan selagi dia masih ada. Bila dia dah mati, Tak ada gunanya nak menangis air mata darah sekali pun."

Sentap.

Sentap sangat-sangat bila dengar ayat tu.
__________________________________________

Kawan.

Buka untuk disimpan.

Bukan untuk dikecewakan.

tapi....

Untuk digembirakan.

Untuk dibahagiaan. Dan satu hal yang paling bahagia bagi seorang sahabat ialah...

apabila dia mati..

dapat menjejakkan kaki ke Syurga Allah bersama sahabatnya.

weheee! -,-

______________________________________

Jika tidak mampu, membahagiakan, jangan menyedihkannya.

Assalamuaikum.













Wednesday 12 June 2013

Together gether

"Dalam hidup, kita takkan sentiasa gembira. Sebab Allah nak kita jadi lagi kuat"


Hari tu tengok budak tak ada otak, 
Hari ni...
Malam ni...
Tengok langit...
Tapi...
Tak nampak bintang pon.

Rasa kosong sangat.

"Macam tu jugak manusia. kalau hatinya kosong tanpa ayat-ayat al-Quran, mesti dia akan rasa kosong."
_______________________________

Kenapa tak awak dengan saya.

"Kalau kita kawan sebab kita tak ada kawan, ataupun sebab dunia, kita takkan rasa nikmat mempunyai sahabat. Lepas tu, bila kita gaduh dengan kawan kita, kita takkan cuba untuk rapat dengan dia balik"

*dalam hati : Peh, ayat tak boleh nak sentap lagi*

Bila fikir balik kata-kata tu, mamang kena kat batang hidung sendiri.  

'Kawan untuk dunia'.

Pernah tak dengar ayat tu?

"Dah selalu dah dengar. Dah berdarah dah telinga dengar benda tu"

_______________________________

Dengar je?

Cuba la letak dalam hati. Baru la hati tu tak kosong la bekulat la. Haha.


Ingat, untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, sesuatu harus dikorbankan.

Adik nak berak, Assalamualaikum. 











Tuesday 11 June 2013

Refresh.


"Lebih baik kita tidak sempat mengira rahmat berbanding kita kehilangan rahmat kerana sibuk mengira musibah yang kita hadapi"

Mula- mula terbaca ayat ni... Blur gila. Sumpah blur. Tapi, bila dah dua tiga kali baca...
Oh baru faham. 
Jujur dari hati. selalunya, bila dah penat, mesti kita akan cakap "Asyik kita je yang buat kerja. suruh la orang lain pulak. Tengok dia orang tu, duduk je depan tv, lek je"

Petang tadi, lepas balik sekolah, duduk-duduk jap kat luar rumah.
Tengok budak-budak yang tak cukup umur main. -,-
Tetiba terfikir, Indahnya ciptaan Allah.
Hati tertanya "Tak penat ke dia buat semua kat dunia ni?"

Tetiba, teringat balik.
"Layakkah aku nak cakap kat semua orang yang aku ni penat?"
sedangkan Allah tak pernah mengadu apa-apa pon. Sumpah! Layakkah? 
Astaghfirullah.

Tetiba ibu panggil. 
Suruh mandikan adik.
Masuk rumah.
Mandikan adik.
Tamat :)

______________________________________________

Cuba bayangkan....
nabi masih ada lagi...
mesti dia sedih tengok aku.
Dengan mafsu sendiri pon tak boleh kawal lagi.

Tadi kat sekolah.

Perasan
"Apa awak cakap tadi?"
Tak ade pape lah.
"Cakap je la"
Tak de pape la.
"Cakap je laaaa~"
kita takut awak terasa.
"Tak, kita tak terasa."
Awak, kita kan kena fikir dulu sebelum cakap, jadi kita rasa kalau kita cakap benda tu, nanti awak terasa. So, kita tak nak lah cakap.
"Cakap je. kita takkan terasa."
Dia pon cakap....:)

Assalamualaikum.


Friday 7 June 2013

Disebalik Takdir


"Asal jalan sorang-sorang ni? Mana kawan baik awak tu?"
"Hari ni mood kurang baik dengan dia..."
"Lah! Gaduh ke?"
"Eh, tak la. Kan dah cakap tadi....."
"Oh ok. Sorry to say yang kalau tak tegur lebih tiga hari, tak dapat masuk syurga tau"
"Sorry to say jugak. ada masalah sendiri, tak payah la nak jaga lebih kain orang"
Dalam hati "Macam nilah kalau orang tak boleh nak terima nasihat...."

________________________________________

Orang selalu kata, tak tegur kawan lebih tiga hari, tak layak syurga untuk kita. Ya, memang la benda tu betul. Ya, betul. Tapi, kalau kita nasihatkan orang, kita kena buat jugak. Ni tak, aku dah nasihat dia dah lah. 

Aku aku kau kau.

الصبر نصف من الإيمان

Selalu kan dengar orang cakap ayat. Tapi sayangnya, cakap kat mulut je. Ayat lain masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu kata-kata Allah yang dikatakan orang seorang senior masih terlekat dalam ingatan. Ayatnya lebih kurang macam ni......

"Allah tak suka orang yang nasihat orang lain tapi diri sendiri tak buat"

Tengok! Allah pun tak suka orang camtu an an an. Jadi, Bila kita nasihat orang dalam masa yang sama, kia pun perbaiki diri kita. 

Ingatlah...
Orang yang hari ini LEBIH TERUK daripada semalam adalah orang yang CELAKA. Orang yang hari ini SAMA dengan semalam adalah orang yang RUGIdan orang yag hari ini LEBIH BAIK daipada semalam adalah orang yang BERUNTUNG.