Wednesday 31 July 2013

Heart Talk.





My Dear Allah,

Sometimes, I feel that this life is so hard..
Why? Because I don't know how to make my friend always stay happy when they have a friendship with me.


"Syafiqah! Stop speaking."

"Okay!"

Sebenarnya, nak bersahabat bukan susah. Senang je umpama kacang goreng digoreng. Senang sangat. Tapi, berapa manusia kat dalam dunia ni yang bersahabat kerana Allah. Berapa? Berapa? BERAPA?

Tak ramai kan.

Kan.

Kan.

Ya.
Memang.
Memang nak bersahabat... kerana Allah sangat susah.
Mesti banyak Halangan.
Satu halangan belum selesai, lain pulak datang.

kadang-kadang,

Bila kita tak dapat kawal emosi,
terlepas seciput je,
ciput je!
Je!

Tapi....

Kawan kita dah terasa.
Terasa tu pulak bukan seminit or dua minit..
Ada yang sampai setahun, dua tahun, and the worst, sampai tua.

Tapi...


Itulah namanya Tarbiyyah.
Tarbiyyah dari tuhan kita.

Siapa tuhan kita?

Siapa?

Siapa?

Allah la.

hay! Takkan tak ingat kot.



Tapi, kita sebagai logam yang ada banyak kelebihan, takkan mudah sangat nak mengalah. Ujian tu baru sikit. Allah tak ade pun suruh kita pegi perang and so on. Just,  usaha je. Usaha untuk jaga kawan kita ketat-ketat. Takkan tu pun tak boleh. 


My brother said " Kalau kita betul-betul bersahabat dengan kawan kita tu kerana Allah, we will not leave or release them to other people"

Assalamualaikum dan selamat mencari ليلة القدر



Sunday 14 July 2013

Gedebush!

 Dengan nama Allah, ku gerakkan tangan melintasi keyboard laptop berjenama Lenovo.



"Ibu, bila nak buka ni? Lamanya kena puasa!"

Alah, kejap lagi buka la tu.

satu jam kemudian.....

"Ibu, kata kejap lagi.. ni dah satu jam dah."

kamu pergi tidur la. Ibu nak masak ni.



Selalunya, bila tak nak mengenang betapa lamanya lagi nak buka, mesti mak kita suruh tidur. Konon, bila kita bangun dari tidur, dah buka gitu la.

"Tapi bu, kita dah 14 tahun, takkan nak kena tidur jugak?!"

habis tu. kamu asyik kacau ibu nak masak je. Baik tidur.



Kaki bergerak  menaiki tangga. Ku masuk kedalam bilik yang dihiasi sampan-sampan kecil di bahagian atas bilik lalu akuu rebahkan diri di atas katil.

"Hish, kenapa susah sangat nak tidur ni?" tanya aku kepada diriku.

Setelah 2 minit berangan memikirkan kenapa aku masih tidak dapat punca tidak boleh tidur, aku bangun kembali. Ku capai kerusi yang terletak beberapa sentimeter dari katil lalu kududuk diatas ciptaan tuhan itu.
Ku tarik kerusi ku ke arah meja. Betul-betul Quran duduk depan mata.

Untuk menghilangkan bosan, ku selak mushaf Al-Quran yang indah tersusun di atas meja. Terbaca satu makna dari surah al Bayyinah yang bermaksud,

 "Sungguh, orang yang beriman dan membuat kebaikan, mereka adalah sebaik-baik makhluk" ayat 8 surah al-Bayyinah.


Ku teruskan bacaan sehingga selesai surah Al-Bayyinah. Tiba-tiba, teringat tilawah yang aku kena habiskan dalam bulan Ramadhan tahun ni. Lalu ku sambung tilawahku yang sekarang berada pada muka surah 333.

Syafiqahhhhhhh, dah buka. Turun bawah jom. Nak makan dah ni.

"Okey ibu. Jap eh."



Sumpah cakap. Ketenangan bila baca Quran, tak ternilai dengan wang ringgit. Bila dah start baca quran, rasa susah sangat nak berhenti. Jadi kalau bosan, jangan asyik tidur je, nanti otak tak berjalan. Bacalah Quran.