Saturday, 15 June 2013

Sentap




sekarang, akak serahkan majlis kepada ukhti Syazila.

"Assalamualaikum semua. M.Y kali ni, akak nak cakap pasal......
Perempuan."

*Tepuk tangan.

"Nak tau tak? Perempuan ni...
kita ni..
Perhiasan bagi kaum lelaki tau"

"Jadi, kita kenalah pandai jaga diri kita sebab...

Perempuan adalah fitrah. Tetapi, jangan jadikan ia satu fitnah"

"So, benda first yang akak nak cakap ialah aurat"

"Aurat wanita dari mana sampai mana?"

semua diam.

"Aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan"

Allah kata takkan cium bau syurga dan tiada syurga bagi wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

" nak mula dari mana. Atas ke bawah?"

Atas!

"Okey. Kalau dari atas, kita tengok dari mana?"

Kepala.

"Baik. Kita mula dengan rambut."

"Mula sekali, kita mesti pakai tudung. Macam mana cara nak pakai tudung yang betul.

Ukhti menyebut satu persatu cara memakai tudung dengan betul sambil melakukan praktikal.

1. Tudung paras hadapan mestilah menutupi dada.

2. Bahagian belakang tudung hendaklah dilabuhkan.

3. Paras tepi tudung mestilah labuh sedikit.

4. Tak boleh ada bonggol ata kepala.

"Hah! akak nak buat satu deal ngan korang boleh tak?"

Boleh. Tapi apa deal nya?

Kalau jumpa kawan-kawan sekolah kat luar yang pakai tudung ada bonggol kat atas kepala, datang kat dia lalu berbisik kepadanya "pergi tandas betulkan rambut awak." setuju tak?

Ramai yang kata setuju...

Tapi aku diam je...

Sebab aku tak pasti lagi dah bersedia nak buat atau tak.

selepas itu, ukhti tersebut menyambung cara menutup aurat sehingga bahagian yang terakhir iaitu kaki.

___________________________________

Mikrofon diserahkan kepada seorang lagi naqibah.

mulut berbicara dengan hati yang terbuka.

Andai hari ini..
Rasulullah berada bersama kita..
Rasulullah berada di dalam dewan ini..
Pasti baginda sedih melihat keadaan umatnya..
Keadaan umatnya yang terpesong dari jalan Allah..

"Ana nak tanya, setuju ke tak benda ni beterusan?"

keadaan yang bising tiba-tiba senyap.

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"

"Ana tak rela!"


Assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment